Assalamualaikum w.b.t...
haiii semua...
hari ni, sis ada cerita nak kongsi pasal "Bukit Tonggek"...
BUKIT TONGGEK??
Dengar nama pon pelik..Ada ke bukit tu?? Wujud ke?Macam tak betul saje...Mesti kalian musykil dalam pada masa yang sama kan??Huhuhu
Sebenarnya, bukit tu wujud..Nama "BUKIT TONGGEK" tak tahu lah diorang dapat mana..Ini pon senior sis yang cerita yang bukit tu wujud..Dan itu dia yang ajak pergi..Jadi sis dan kawan2 serumah sis pon cuba lah...
Ok, sebenarnya bukit ni ada dekat depan UiTM Puncak Perdana saje..Seberang jalan saje..Kalau dari Kolej Jasmin dah boleh nampak dah bukit tu...Nak mendaki tu, tak makan masa yang lama..Dalam setangah jam saje..Jadi, kalau berlari tu sekejap saja dah sampai..Pada kaki "hiking" mesti bagi diorang biasa-biasa, sebab tempat ni tak "adventure"...Tapi, walaupun macam tu, pemandangan dia cantik...Lagi-lagi waktu subuh..Dengan suasana yang nyaman dan sejuk..Subhanallah nikmat tak terkata...Rasa nak tidor dekat situ...
Ok, ini sis tunjuk sikit pemandangan dia :
Haa...Yang kalian tengok gambar dekat bawah ni, ini kawan2 serumah sis...Diorang ni kepala "gila-gila" sikit,sporting pon ye...Bila masuk air, keluarlah tiga sukunya.. hahaha... Jangan marah kalian...Gurauan semata-mata..Jadi mari sini sis, perkenalkan diorang satu persatu..o.k, yang duduk dekat depan sekali tu, nama dia Nisa, sifat dia ni keibuan sikit, sebab dia ni "caring"..Jadi, kalau sakit ke apa dia akan tolong...rasa macam "mama yag kat rumah pula"..hehehe..haa...yang berbaju merah tu, nama dia Tini..Dia ni paling kecik sekali dekat rumah..Kalau tengok dia ni, macam budak sekolah je..Tapi dia ni kita nak buli susah sikit, sebab "daring" juga orangnya..Hahaha.."Kecik-kecik cili api" tu..Betul ke cili api?? Ke cili padi?? Sis pon lupa..Huhuhu..Yang tudung unggu tu nama dia Dayah..Dia ni artis dekat rumah kami..Dia suka menyanyi, peminat setia Khai Bahar tu..Tapi kalian kenal ke siapa Khai Bahar tu?? Ala yang nyanyi "smule" dengan Siti Nordiana tu..Hmm..Kalau tak tahu juga pergi tanya nenek Youtube.. Dia ada jawapan..Yang tudung warna coklat tu pula, nama dia Kak Rokiah..Dia ni seorang pelajar master..Tahun akhir ni..Ha, Kak Rokiah ni merupakan guru zumba kami dekat rumah..Almaklumlah, penghuni dekat rumah tu semua tengah berdaiet..Jadi akak ni la gurunya..Jadi sesiapa yang berminat mahu belajar zumba boleh la datang di kediaman kami...hehehe..jangan percaya itu dusta semata-mata..
Walaupun setiap orang dari kami berlainan sikap atau perangai, yang mana bak kata orang dulu-dulu "rambut sama hitam, tapi hati lain-lain", tapi kami tetap boleh bekerjasama dan saling memahami antara satu sama lain ibarat macam adik beradik sendiri..Moga perkenalan, persahabatan, perhubungan yang terjalin kekal selama-lamanya...
InsyaALLAH..Love you Fillah..

Sikap keibuan tuh lah yg mengajar sis menjadi seorang yg matang. Hehehe Terharu.. ♡
ReplyDeleteHuhuhu...thanks weii...syukran juga...hahaha...😘😍
ReplyDeleteLpas ni, pindah rembau da tak jmpe org mcm mu dah...mesti rindu punya...😂
Please jangan mention nama khai ,, rindu laa .. hahaha
ReplyDeleteAmboii..ayat tak boleh goo betul tu..hahaha
ReplyDelete