Tuesday, 19 April 2016

SALAM PERKENALAN SEMUA

Sebagai pembuka perkenalan...Tanpa salam, rasa macam tak berbudi bahasa pulak..Bak kata orang tua-tua "biar tak kaya harta, janji kaya dengan budi bahasa"..Jadi lebih baik kita mulakan perkenalan kita dengan cara yang baik.. 

Baiklah, nama diberi ialah....eh eh...Sekejap-sekejap, nampak skemanya dekat situ..Tapi, abaikan-abaikan..Bukan penting pun..Hmm..Ok, berbalik pada tadi...Nama yang Inche Papa dan Puan Mama beri sejak lahir kat muka bumi ALLAH S.W.T  ni, Akmal Ezzah Edora Binti Masduki..Mesti kalian pelikkan, nama macam lelaki sebab ada "AKMAL" tapi hakikatnya perempuan..Hmm..Tidak perlu peliklah, nama "AKMAL" sebab semua adik beradik ada "AKMAL" dekat permulaan nama..Itu je..Haaa..Sebelum terlupa, kalian boleh panggil sis, Edora..Bukan Dora the Explorer ataupun Doraemon tau, tapi Edora..

Bercakap pasal diri sendiri pula..Sis ni jenis pemalu orangnya..Siapa tak kenal sis, mesti cakap sis sombong..Tapi itu pandangan orang..Orang tak tahu sebenarnya, orang nampak je kita sombong, padahal hakikatnya kita segan dan kebiasaannya orang akan kenal kita lepas dah bertegur sapa..Dari situlah mereka akan tahu kita ni macam mana orangnya..Bak kata Hafiz Hamidun "tak kenal, maka tak tahu"..Jadi, sis ni sebenarnya sporting orangnya, dan bila dah jumpa kawan yang sekepala, maka keluarlah "perangai gila-gila" yang suka usik orang tu..hehehe

Ok..Sis ni seorang yang suka membaca..Antara buku-buku yang sis minat "Tarbiah Sentap, Henshin, Head With Serban, Aku Bukan Ustak Youtube, Infiru,  dan macam-macam lagi"..sis minat baca buku bahan bacaan macam ni..sebab ape ?? Sebab, bila kita baca ia akan jadi motivasi pada diri kita dan sering mengingatkan kita bab-bab agama yang mana kadang kala kita abaikan tanpa kita sedar..Padahal perkara tersebut mudah..Tapi kita lupa..Almaklumlah, kita hanya manusia biasa yang mana kadang kala imannya turun naik..Jadi, dengan membaca buku-buku macam ni, secara tak langsung ia akan mengingatkan kita dan kita boleh baiki semula diri kita..Sis, bukan nak promote buku, tapi benda yang baik apasalahnya nak share kan..Moga ia jadi manfaat kepada kita..Itu saje..Jadi, sesiapa nak pinjam buku sis..Sila PM tepi...Ayat tak boleh "go" betul..huhu..

Haa...Selain membaca..Sis ni juga seorang "kaki travel" dengan bahasa mudah lagi "kaki jalan"....Pantang cuti panjang, mula lah otak ni ligat berfikir kemana destinasi hendak dituju...Berapa hari nak pergi, dengan siapa dan macam-macam...Ada saje idea yang toing-toing kat kepala ni, kalau bab berjalan..Haa, sis ni biasanya pergi travel dengan geng "skudap skudip" sis, yang mana diorang ni sebenarnya sepupu sepapat jiran sekampung sis..Jadi, kemana saje pergi mesti dengan diorang..pantang ada masa terluang kami pasti akan buat program "jalan-jalan cari makan"...habis semua tempat diredahnya, dicubanya..Lagi-lagi kalau bab "char kuey teow"...Memang cari tempat yang terbaiklah..Tapi  setakat ni tak jumpa lagi tempat yang betul-betul best...Jadi, sesiapa yang tahu lokasi mana "char kuey teow" yang terbaik..Boleh la bagi tahu..Mana tahu boleh cuba makan dekat tempat tu pulak.. 

Ok lah, sampai sini dulu perkenalan kita..InsyaAllah lain waktu sis akan kongsikan lagi cerita menarik..InsyaAllah..Jadi, Assalamualaikum semua..Fi Hifzillah